USAHA KECIL MENDAPAT KEJAYAAN
Sunday, 17 February 2019
Penawar Bidara Putrajaya
KEISTIMEWAAN PRODUK BIDARA SYIFA CHEERIA...
Produk ini adalah medium perubatan Islam yang boleh digunakan pada bila-bila masa sebagai 'self-healing' proses.
Keutamaan produk ini adalah untuk individu yang mempunyai masalah rohani dan gangguan jin. Antara sifat dan tanda yang dapat dilihat seperti :
# Panas Baran.
# Sakit Kepala & Migrain.
# Demam & Batuk Berpanjangan.
# Jiwa & Hati Tidak Tenteram.
# Mimpi Buruk Seperti Terjatuh.
# Berlaga Gigi Ketika Tidur.
# Tidak Dapat Tidur Dengan Lena.
# Lebam- Lebam Pada Badan.
# Lesu Tubuh Badan.
# Badan Terasa Berat Dan Malas.
# Ada Benda Bergerak Di Bawah Kulit.
# Kitara Haid Yang Tidak Normal Dan Senggugut Yang Kuat.
# Perasaan Takut Di Tempat Baru.
# Mudah Bergaduh Suami Isteri.
# Anak Tidak Mendengar Kata.
# Melihat Kelibat Dan Mendengar Bunyi-Bunyi Pelik.
Individu yang pernah terkena gangguan biasanya sudah ada lohong-lohong atau tapak-tapak jin dalam tubuhnya. Walaupun telah pulih dan sembuh, kebarangkalian untuk diserang semula masih ada.
Sebaiknya berjumpalah dengan perawat syarie untuk kepastian bagi megetahui tahan gangguan. Perawat tidak mungkin selalu ada untuk kita setiap kali terkena gangguan. Maka ‘bidara’ adalah medium bantuan dalam penyembuhan di mana individu boleh mempraktikkan rawatan untuk diri sendiri yang merupakan salah satu aplikasi perubatan Islam.
Rawatan untuk penyakit rohani/gangguan perlu istiqomah dan berterusan..
Kelemahan Analisis Nisbah Kewangan
- Nisbah kewangan bergantung pada
data-data yang diperolehi daripada penyata kewangan. Oleh itu, kepercayaan
nisbah kewangan yang dikira bergantung kepada kualiti penyata kewangan. Antara
kelemahan terdapat dalam terjemah maklumat dan data kurang tepat. Kesan inflasi
yang boleh mengelirukan nilai aset tetap seperti harta tanah, angka untung rugi
dan sebagainya.
- Nisbah kewangan menentukan
prestasi relative sesebuah firma dan pencapaian serta tidak mengambil kira saiz
mutlak. Kadang-kala, nilai sebenar boleh memberi refleksi sebenar apabila kita
membuat perbandingan terhadap pencapaian firma diantara dua masa yang berbeza
antara dua firma.
- Nisbah kewangan sesebuah firma
dibandingkan dengan nisbah purata industry yang dijadikan petunjuk kedudukan
dan percapaian sesebuah firma berbanding firma yang lain. Perlu diingat bahawa,
perbezaan sebegini tidaklah tepat kerana amat sukar mencari dua firma yang
mempunyai perniagaan yang sama.
- Nisbah kewangan berdasarkan
penyata imbangan adalah tidak tepat kerana penyata imbangan hanya memberikan
keputusan pada bila-bila masa tertentu sahaja.
- Walaupun nisbah kewangan
digunakan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesebuah firma, namun
nisbah kewangan tidak boleh mengenalpasti faktor penyebab.
Memaksimumkan Kekayaan Syarikat / Pemegang Saham
i.
Memaksimumkan
Kekayaan Syarikat.
Objektif
ini adalah untuk mencapai pengeluaran barang sehingga kos marginal adalah sama
dengan hasil marginal. Secara ringkas, objektif memaksimumkan keuntungan tidak
mudah digunakan sebagai panduan membuat keputusan. Kekurangan maklumat untuk
membuat keputusan adalah melibatkan keadaan persekitaran seperti perubahan
dalam permintaan, penawaran dan teknologi menyebabkan matlamat ini sukar
digunkan sebagai panduan untuk membuat keputusan firma. Walaupun, objektif
memaksimumkan untung masih dianggap sebagai objektif utama dalam teori firma
bagi ahli-ahli ekonomi. Dalam keputusan pengurus kewangan, kita juga perlu
menetapkan objektif firma supaya kita mengetahui arah yang hendak kita tuju dan
memahami implikasi keputusan kewangan memaksimumkan nilai syarikat atau
kekayaan pemegang saham. Dalam
memaksimumkan kekayaan firma pemilik dan pengurus merupakan dua kumpulan yang
berbeza dalam syarikat berhad. Pemilik syarikat ialah pemegang saham dan mereka
membeli saham dengan harapan mendapat pulangan kewangan daripada pelaburan.
Pemegang saham berkhak mengundi dan memilih lembaga pengarah yang akan meneliti
pengurusan syarikat. Pengurusan syarikat dilaksanakan oleh pengurus yang
merupakakan pekerja yang diupah oleh syarikat. Dengan itu, pengurus perlu patuh
pada polisi yang ditetapkan oleh pemegang saham. Pemegang saham sebagai pemilik
syarikat akan berminat memaksimumkan kekayaan syarikat dengan meningkatkan
harga saham syarikat. Kekayaan pemegang saham boleh diukur dengan harga pasaran
saham biasa sesebuah firma. Matlamat utama dalam memaksimumkan kekayaan
pemegang saham menyatakan bahawa pengurus firma patut memaksimumkan nilai kini
pulangan masa depan yang dijangka bagi pemegang saham. Objektif memaksimumkan
kekayaan merupakan satu objektif yang munasabah kenara ia mengambil kira risiko
yang berbeza dan perbezaan masa dari segi penerimaan pulangan dan kos yang
dibelanjakan. Oleh sebab kekayaan pemegang saham diukur dengan nilai saham,
maka objektif ini memberi suatu ukuran prestasi yang terperinci.
ii.
Memaksimumkan
Utiliti Pengurus.
Oleh
kerana pemilikan dan pengurusan ini terpisah, seorang pengurus juga mempunyai objektif
sampingan seperti memaksimumkan utiliti persendirian. Sebagai pengurus yang
menerima jagi untuk tugas yang dilaksanakan, mereka juga ingin mengadakan
faedah sampingan yang boleh memaksimumkan utilitinya seperti keadaan kerja yang
lebih baik, prestij yang lebih tinggi dan sebagainya. Pengurus dianggap
mementingkan kedudukan persendirian sambil memperoleh keuntungan yang memuaskan
kepada pemengang saham.
iii.
Meningkatkan
Taraf Dan Kebajikan Pekerja.
Pekerja
merupakan sumber aset ayng paling penting dalam firma. Bagi memberi galakkan
kepada pekerja, syarikat patut menitik beratkan skim gaji, faedah sampingan dan
program latihan yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran pekerja. Firma patut
memberi dorongan kepada pekerja untuk meningkatkan produktiviti pekerja.
iv.
Tanggungjawab
Sosial.
Objektif
ini adalah menyokong tanggungjawab utama syarikat yang perlu disumbangkan
kerana ia tidak boleh diabaikan pada pekerja dan masyarakat. Seperti yang
diketahui, sebuah syarikat tidak hanya terdiri daripada pemegang saham sahaja.
Syarikat merupakan satu gabungan yang terdiri daripada pemegang saham, pekerja
dan pelanggan. Selain daripada itu, tanggungjawab kepada pemegang saham dan
pekerja, syarikat juga perlu bertanggungjawab kepada pelnggannya dan masyarakat
secara keseluruhannya. Tanggungjawab sosial boleh mernagkumi perkara-perkara
seperti memberi derma kepada badan kebajikan masyarakat, mengambil
langkah-langkah membersihkan dan mencantikkan alam sekitar dan sebagainya.
Tujuan tanggungjawab sosial adalah untuk mengeratkan hubungan syarikat dengan
masyarakat dan itu juga dapat meningkatkan imej syarikat di kalangan orang
ramai.
v.
Kewujudan
Berterusan.
Walaupun
firma mungkin mempunyai perlbagai objektif, tetapi yang penting sekali ialah
kewujudan yang berterusan. Objektif-objektif lain tidak akan berguna jika firma
tidak boleh mewujudkan secara berterusan. Untuk tujuan itu kewujudan yang
berterusan, sesebuah firma harus mendapat perseimbangan kedudukan dalam suatu
persekitaran yang merangkumi isu-isu berkaitan dengan persaingan, pelanggan,
pekerja, pengurusan, teknologi dan sebagainya.
Thursday, 22 November 2018
Mrcleanerdotmy
ANTARA KERJA-KERJA YANG DILAKUKAN MRCLEANERDOTMY
======================================================
======================================================
Tuesday, 21 February 2017
PROFESSIONAL ETHICS
1.0
PENDAHULUAN
Pengenalan kepada konsep ’Undang-Undang’ merupakan peraturan yang perlu dipatuhi dan satu
cara untuk mengawal masyarakat dari melakukan jenayah. Ia juga dilihat sebagai
medium pengawal sosial dan boleh dimanipulasikan untuk kepentingan kumpulan
tertentu. Ini disokong oleh definisi undang-undang yang diberikan oleh ahli
falsafah terkenal seperti Austin. Beliau menyatakan bahawa undang-undang adalah
perintah yang dikeluarkan oleh suatu badan yang berkuasa untuk orang-orang
biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman. Selain itu, menurut Salmond
undang-undang merupakan satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang
diperakui dan digunakan oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilannya.
Atau dengan kata lain undang-undang adalah peraturan yang diperakui dan
dikuatkuasakan oleh mahkamah. Menurut Kamus Black
pula undang-undang adalah yang diperturunkan, diperintahkan atau dinyatakan.
Satu peraturan atau metode yang mana fenomena atau pembuatnya saling berganding
antara satu sama lain, yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh rakyat tertakluk
kepada hukuman atau kesan-kesannya. Di Malaysia undang-undang adalah peraturan
perundangan-undangan yang dibentuk oleh Dewan Perwakilan Rakyat dengan
persetujuan bersama Yang Dipertuan Agong. Undang-undang yang memiliki kedudukan
sebagai aturan utama bagi rakyat untuk mengatur kehidupan bersama dalam
merangka tindakan dan hukuman negara. Undang-undang negara pula dikatakan
sebagai kumpulan-kumpulan prinsip yang mengatur kekuasaan pemerintah, hak
rakyat dan hubungan di antara keduanya. Menurut asal perkataan ’moral’ adalah dari perkataan mores dari
bahasa Latin, kemudian diterjemahkan menjadi aturan kesusilaan. Moral juga
beerti ajaran tentang kelakuan baik sahaja dan merupakan pengetahuan berkaitan
budi pekerti manusia yang beradap. Jadi, moral adalah aturan kesusilaan yang
meliputi semua norma kelakuan, perbuatan dan tingkah laku yang baik. Kata
susila berasal dari bahasa Sansekerta iaitu ”lebih baik” dalam
peraturan-peraturan hidup yang lebih baik.
2.0
Hubungan Di Antara Moral Dan Undang-Undang.
Undang-undang adalah dilihat sebagai penguatkuasa kepada
moral. Bagi membuat undang-undang atas dasar moral hanya kerana kebanyakan
orang merasakan ia adalah perbuatan tidak bermoral, cubaan mengekalkan untuk
mempertahankan dan melindungi ukuran moral yang sedia ada. Pandangan ini agak
sukar disokong kerana ada masanya moral masyarakat itu mungkin salah dan perlu
ditukar. Kepercayaan manusia yang hidup dalam golongan atasan dan kasta adalah masyarakat yang berasaskan ukuran
moral yang salah dan ini perlu diubah. Namun telah kelihatan amalan-amalan
untuk menjauhkan undang-undang dari moral di mana perbuatan itu dilakukan
dimana-mana sahaja seperti :
2.1 Akibat
Masalah Dari Rumah.
Saban hari kita mendengar pelbagai masalah yang dilakukan
oleh masyarakat yang mempunyai masalah di rumah. Sebagai contoh masalah remaja
yang kian merungsingkan segenap lapisan masyarakat adalah kes-kes jenayah ragut
yang banyak dilakukan oleh remaja sebagai jalan pintas untuk mendapatkan sumber
kewangan dengan cara yang mudah. Kes seperti ini bukan sahaja mencemarkan
maruah si pelaku tetapi lebih serius apabila meninggalkan kesan buruk terhadap
imej negara apabila jenayah ini melibatkan pelancong dari luar negara. Tidak
menjadi kesalahan sekiranya dikatakan punca sebenar fenomena ini berlaku
berpunca dari rumah. Kealpaan ibu bapa di zaman serba moden ini mencari rezeki
kadang-kala menyebabkan tanggungjawab terhadap anak-anak diabaikan. Ini menyebabkan anak-anak mencari rakan selepas waktu persekolahan bagi menemani
mereka. Jika memilih rakan yang tidak bermoral pasti mereka juga akan
berkelakuan tidak bermoral. Undang-undang hendaklah diperketatkan dengan
Seksyen 379 kanun keseksaan tujuh tahun penjara dan denda atau kedua-duanya
sekali. ’Barang siapa yang bermaksud hendak mengambil dengan curangnya, apa-apa
yang dialih daripada milik mana-mana orang dengan kerelaan orang itu atau
menggerakkan harta itu dengan tujuan mengambilnya adalah dikatakan melakkan
kesalahan mencuri’. Konsep moral yang boleh di jelaskan dalam kes ini adalah ibu bapa hendaklah memberi perhatian
yang lebih kepada anak-anak. Pendidikan agama
dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai
antara yang perkara yang baik dan yang buruk. Pengaruh media massa juga hendak
dibendung dari aktiviti jenayah remaja.
2.2
Hilang Sifat Kemanusiaan.
Mengambil petikan akbar Utusan Malaysia, Kuala Lumpur 22
Dis. yang menyiarkan berita mengenai kematian anak perempuan malang Allahyarham
Nurin Jazlin Jazimin telah menjadi mangsa pembunuhan kejam. Mangsa berumur
dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol dan mayatnya ditemui
dalam keadaan separuh bogel. Lebih kejam lagi mayat dikesan leher dijerut dan
ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung
Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak, Kuala lumpur. Menurut penyesiatan kes ini
boleh disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Konsep
moral dalam kes ini adalah supaya masyarakat lebih peka terhadap pergerakan
anak-anak yang tidak terkawal. Kesalahan ini akan memberi kesan yang sangat
mendalam kepada si pesalah yang melakukan jenayah ini membuka mata agar kepada
yang melakukan jenayah sekejam ini dan ibu bapa agar bersikap waspada tentang
keselamatan anak-anak.
3.0 Proses Pembentukan Undang-Undang
Seorang
menteri ingin memperkenalkan suatu rang undang-undang ke Parlimen, prosesnya
adalah seperti berikut:
3.1 Proses Membuat Undang-Undang Sebelum Ke Parlimen
Pertama
sekali ia mestilah merangka satu polisi untuk rang undang-undang tersebut
dengan mendapat nasihat Peguam Negara. Proses yang kedua pula mendapat
persetujuan kabinet untuk meluluskan polisi tersebut. Ketiga, jika dipersetujui
maka orang-orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan
dijemput untuk memberikan pendapatnya dalam jangka masa tertentu. Keempat,
selepas ia dibawa ke Kabinet semula untuk mendraf rang undang-undang tersebut.
Kelima, jika dipersetujui barulah rang undang-undang itu dideraf oleh penderaf
undang-undang dan apabila ia siap ia akan dibawa semula ke Kabinet untuk
persetujuan sebelum dibawa ke Parlimen. Dan akhir sekali menteri akan memberi
notis kepada kerani Dewan akan tujuannya membawa rang undang-undang
diperkenalkan di Dewan Rakyat. Rang undang-undang dibawa ke Parlimen mesti melalui
empat peringkat iaitu bacaan pertama, bacaan kedua, perbincangan dalam
jawatankuasa dan bacaan ketiga.
4.0 Penilaian Tentang Pembentukan
4.1
Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]
Masalah penyalahgunaan dadah adalah gejala penyakit
masyarakat yang paling merbahaya. Ia menyerang semua lapisan masyarakat
khususnya golongan muda. Dadah akan menjadi faktor melumpurkan pembangunan
negara dan melemahkan kekuatan ekonomi dengan meracuni pemikiran dan semangat
individu untuk menetapkan diri dengan keperluan semasa dan cabaran masa
hadapan. Dadah dianggap punca segala jenis jenayah seperti merompak, mencuri,
memeras ugut dan lain-lain jenayah yang membawa kekacauan rumahtangga,
masyarakat dan negara. Kerajaan terpaksa menghabiskan duit berjuta-juta ringgit
setahun untuk menanggung kos pusat-pusat pemulihan ianya sangat membebankan
kepada negara. Duit-duit itu boleh digunakan untuk pembangunan yang lebih maju
banyak dihabiskan untuk pemulihan jenayah dadah ini. Pada masa yang sama
pengedar dadah ini mengaut keuntungan berganda-ganda daripada penderitaan
penagih yang setia. Sejak dahulu lagi umat islam ditegah daripada meminum dan
memasukkan sesuatu dalam badan yang boleh memabukkan. Islam mengharamkan
sesuatu yang boleh memabukkan dan memudaratkan bagi menjaga akal, kesihatan
tubuh badan dan melindungi anggota masyarakat keseluruhannya. Kemudaratan ini
melibatkan diri penagih, tubuh badannya, pembaziran harta, kerosakkan hubungan
keluarga dan tidak menunaikan sruhan agama. Tiada dalil yang jelas menyebut
perkataan dadah dan pengharamnya. Ini kerana masalah ini berlaku selepas umat
islam hanya mengenali dadah pada kurun
ke tujuh Hijrah selepas kemasukan kerajaan Tartar. Begitu juga tiada dalil yang
sahih menunjukkan bahawa dadah itu haram seperti arak. Akta ini adalah
undang-undang yang mengawal dan penyalahgunaan dadah di Malaysia. Ia mula
dikuatkuasa di tanah Melayu pada 1 November 1952. Ia menyediakan peruntukkan
yang berkaitan dengan penawalan import, eksport, pengilangan, penjualan dan
penggunaan beberapa jenis dadah dan campuran dadah berbahaya. Antara pindaan
yang dibuat ialah pada Seksyen 39 (B) Pengedaran Dadah Merbahaya yang
menetapkan hukuman mati mandatori kepada sesiapa yang memiliki dadah pada kadar
15 gram atau lebih jika disabitkan salah. Cadangan saya bersetuju dengan akta
ini kerana tiada hukuman lain yang boleh dikenakan kepada pesalah yang
melakukan jenayah ini.
5.0
RUMUSAN
Dalam mengenal undang-undang dan moral ini adalah satu
yang sangat penting untuk memastikan seseorang boleh menjadi pengamal
undang-undang apa yang terdapat di Malaysia. Secara terperinci mengenai tugasan
ini tentang bidang kuasa hukuman mahkamah yang ada di Malaysia. Ia juga
menunjukkan dan memperlihatkan bagaimana suatu kes boleh dijatuhkan di satu
perbicaraan untuk dikaji bagi memastikan keadilan terpelihara. Apa yang dapat
saya rumuskan undang-undang di Malaysia banyak berlaku pindaan kerana moral
juga perlu diberi mandat bagi tujuan menegakkan keadilan di Malaysia. Walaupun
berbagai program telah diatur oleh kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha
mencari keadilan ini, hukuman adalah jalan terakhir bagi yang bersalah
melakukan jenayah. Namun pencegahan awal dari rumah dengan nilai-nilai moral
yang tinggi kepada anak-anak khususnya para remaja adalah amat penting dalam
memastikan mereka tidak terlibat dalam jenayah. Menggubal dan meminda sesuatu
undang-undang melalui parlimen bermaksud mendapat persetujuan Yang Di-Pertuan
Agong dan kedua-dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Pihak kerajaan
berhak mengemukakan ran undang-undang di mana-mana Dewan Parlimen untuk kuat
kuasakan undang-undang apabila penemuan kes baru mengikut perubahan zaman.
Akhir sekali apa yang boleh kita rumuskan adalah undang-undang fenomena sosial
dan ekonomi dalam masyarakat yang melakukan jenayah yang gagal mematuhi
peraturan yang di tentukan oleh kerajaan. Ringkasnya undang-undang berkaitan
dengan jenayah adalah tingkah laku antisosial yang merbahaya dan bertentangan
dengan nilai moral masyarakat di Malaysia.
PENGAJIAN MALAYSIA
PENDAHULUAN
Masyarakat majmuk bermaksud kelompok masyarakat yang
berlainan agama, sosial, ekonomi dan politik dalam membentuk suatu sistem
komuniti yang saling memerlukan antara satu sama lain. Secara umumnya masyarakat hidup di suatu tempat
tertentu dalam satu komuniti yang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam
kawasan tersebut. Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap
bersama-sama di suatu tempat dengan mengikut peraturan dan aturan hidup yang
berlainan. Majmuk terbentuk daripada
beberapa bahagian yang merupakan kesatuan dalam konteks masyarakat yang terdiri
dari beberapa kumpulan etnik
1.1
Kedudukan rakyat Tanah Melayu sebelum pembentukan masyarakat majmuk dari segi
sosial, ekonomi dan politik
Menurut Aziz Deraman (2001) masyarakat majmuk merupakan
kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di suatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat,
jaringan erat wujud dalam kumpulan khususnya melalui hubungan bersemuka.
Daripada pergaulan ini, terbina hubungan sosial
yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong, bersama-sama merayakan
sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang
datang berkunjung, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu mereka yang
ditimpa bencana, menziarahi jiran yang sakit tenat dan yang meninggal dunia.
Kekerapan pergaulan sebegini terbina satu perpaduan dalam masyarakat dan
hubungan harmoni dalam kumpulan etnik masyarakat Tanah Melayu yang teguh. Dalam
masyarakat majmuk di Tanah Melayu, ekonomi
ini bermula pada awal abad ke-19, lebih dari 90% penduduk di semenanjung
malaysia adalah Melayu. Penghijrahan kaum Cina dan India secara beramai-ramai
ke Tanah Melayu pada abad yang sama. Fenomena ini berlaku apabila kolonial
British membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk aktiviti perlombongan bijih
timah yang menjadi sumber kekayaan Tanah Melayu. Sebelum penemuan bijih timah
oleh Long Jaafar di Taiping, Perak, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu
adalah orang-orang Melayu. Hanya sebilangan kecil sahaja orang Cina yang datang
ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan membuka penempatan mereka di Melaka, Kuala
Terengganu, Sungai Johor, Sungai Pahang dan Kelantan. Pada masa yang sama,
terdapat pergerakan kecil kaum India yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi
dan tebu di Pulau Pinang dan Seberang Prai. Kesan yang nyata dari dasar
liberalisme ekonomi British itu telah menyebabkan berlakunya proses pembentukan
pelbagai kaum di Tanah Melayu. Ternyata bahawa penghijrahan secara
besar-besaran dikalangan imigran Cina dan India telah mengubah stuktur penduduk
asal Tanah Melayu. Dari segi peratusan penduduk tanah melayu semakin kecil
iaitu merosot kepada 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pada tahun
1931. Kemajmukan penduduka di Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir
negara ini dengan menggunakan Dasar Pecah dan Perintah. Dasar yang bersifat
tipu helah politik ini telah menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang
semakin ketara di Tanah Melayu. Akibatnya pengkhususan orang-orang Melayu hanya
bekerja dalam sektor pertanian, sementara orang-orang Cina diberi ruang dalam
sektor perniagaan dan orang-orang India pula dalam bidang perladangan. Dari
tahun 1874 lagi Inggeris telah membentuk Politik
Bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap sistem kemasukan orang asing
dan pada tahun 1930 inggeris telah memperketatkan dasar imigrasi bagi
menghalang kemasukan warga asing ke tanah melayu. Dalam kerancakkan ekonomi
Tanah Melayu lalu wujud perlindungan orang asing bagi melindungi daripada
berlaku penindasan dan penginayaan dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal
ini telah menjadikan penduduk Tanah Melayu merasakan nasib mereka perlu dibela.
Oleh itu, berlakunya fahaman politik yang mengambil kira setiap kaum di Tanah
Melayu. Setiap aktiviti politik dapat menguntungkan Kaum Melayu, Cina, India,
pribumi Sabah dan Sarawak.
2.1
Ciri-ciri masyarakat majmuk yang dapat kita lihat Melayu, Cina, India, Sabah
dan Sarawak dari perspektif sosial, ekonomi dan politik.
2.1.1
Masyarakat Melayu
Kita sedia maklum bahawa orang melayu kebanyakannya bersosial melalui agama Islam sejak
abad ke-14 lagi dan Sultan Melayu Melaka terkenal sebagai pusat pemerintahan
yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan ajaran agama Islam
bermatlamat melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul,
iaitu hanya mempercayai kepada kekuasaan Allah semata-mata. Melahirkan manusia
yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi
kehidupan serta melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah
di muka bumi ini sekaligus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai
hala tuju hidup. Dari segi ekonomi
masyarakat Melayu diberi hak bagi meneroka tanah di Tanah Melayu untuk diusahaka.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sektor pertanian, penternakan,
penagkapan ikan dan pengutipan hasi hutan sebagai petani sara diri dan usaha
hasil mampu menyara hidup. Oleh itu, mereka lebih suka bekerja sendiri. Politik masyarakat Melayu terdiri dari
seorang raja yang berasal dari keturunan DiRaja, di bawah terdapat sebilangan
pembesar-pembesar dan golongan bangsawan serta golongan kebanyakan atau rakyat
biasa. Raja memberi kuasa kepada pembesar daerah untuk menjalankan tugas
pentadbiran, pertahanan, kehakiman dan memungut cukai bagi pihak Raja. Golangan
yang diperintah terdiri daripada penduduk tempatan, peniaga, pedagang, dan
penyebar agama islam.
2.1.2
Masyarakat Cina
Bagi masyarakat Cina pula cara sosial mereka mengikut agama dan kepercayaan mereka melalui agama
Budda, Kristian dan sebagainya. Menurut fahaman Taoisme dapat membantu
memperluas ajaran agama Buddha, memberi semangat, inspirasi dan panduan akhlak
kepada orang Cina. Kepercayaan ini lebih cenderung kepada semangat cintakan
alam semula jadi dan kedamaian. Selain itu masyarakat Cina juga mampercayai
fahaman Confucious yang ditinggalkan oleh seorang tokoh berpendidikan tinggi
dan pernah berkhidmat sebagai majistret dan menteri. Banyak manuskrip lama
beliau mengajar falsafah moral dan sosial serta garis panduan tentang tingkah
laku yang berdasarkan nilai-nilai abstrak seperti kasih sayang, keamanan,
keharmonian, kemanusiaan, kebijaksanaan, keberanian dan kesetiaan. Confucious
memperkenalkan sistem moral yang dikenali sebagai Lima Jenis Perhubungan iaitu
hubungan pemerintah dengan rakyat, hubungan isteri denga suami, hubungan bapa
dengan anak, hubungan abang dengan adik dan hubungan sahabat dengan sahabat. Masyarakat
Cina sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh kemiskinan dan penderitaan.
Oleh itu, peningkatan ekonomi mereka
mula keluar berhijrah sampai ke Tanah Melayu dan bermulanya ekonomi baru
masyarakat Cina di Tanah Melayu. Pembukaan lombong bijih timah mendorong
ekonomi tanah melayu yang dikuasai oleh masyarakat Cina. Sememangnya masyarakat
Cina kuat bekerja dan bijak berniaga menjadikan mereka menguasai kawasan di
bandar-bandar. Dari segi politik
pula Masyarakat Cina telah menubuhkan The Malayan Chinese Association yang
dipimpin oleh Tun Tan Cheng Lock yang disertai oleh golongan peniaga dan pengusaha
lombong seperti Lee Han Shik dan Leog Yew Koh. Tujuan penubuhan parti adalah
untuk menjaga kepentingan masyarakat Cina di Tanah Melayu.
2.1.3
Masyarakat India
Bagi masyarakat India pula mereka banyak menganut agama
Hindu yang berasal dari negara India. Melalui sosial tamadun Vedic ia tidak mempunyai pengasas, dirinya adalah
satu gabungan kepercayaan dan tradisi yang berlainan. Agama Hindu mempunyai
banyak buku ayat suci yang menghuraikan secara meluas mengenai teologi,
falsafah dan mitologi mendalam mengenai cara hidup. Terdapat beberapa ciri-ciri
yang terkandung dalam agama hindu seperti kepercayaan kepada Satu Maha Esa
iaitu mengikut kaedah penyedaran diri yang berlainan dan menyembah aspek yang
berlainan Satu Maha Esa walaupun terdapat ramai Dewa dan Dewi. Kedua Konsep
Karma dan kelahiran semula menjadi satu kasta yang amat mempengaruhi kelakuan
semasa kehidupan terdahulu dan kelahiran semula mendapat kasta yang mulia serta
hukum karma ini memastikan kebahagian, kemakmuran dan usia yang berpanjangan. Ketiga
kitab Veda menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu yang
mengandungi riwayat hidup,amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian,
minuman dan ramalan tentang kedatangan seorang Nabi. Kebanyakkan masyarakat
India menggunakan bahasa Tamil bagi pertuturan harian mereka. Kedatangan mereka
ke Tanah Melayu bagi mencari kehidupan yang lebih baik, luar dari sistem kasta
yang diamalkan oleh semua penganut Agama Hindu. Sumber ekonomi mereka adalah dengan bekerja di ladang dan estet bagi
memenuhi keperluan permintaan pasaran. Dari segi politik pula mereka menubuhkan Kongres Indian Se-Malaysia yang
diketuai oleh K.L. Devaser. Parti ini digerakkan oleh golongan professional dan
disokong oleh Kongres Kebangsaan India. Penubuhan parti ini adalah bertujuan
untuk menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu.
2.1.4
Masyarakat Sabah dan Sarawak
Bagi masyarakat Sabah dan Sarawak pula keadaan sosial mereka masih berpegang kepada
ajaran animisme yang dibawa fahaman Hindu-Buddha. Masyarakat Melayu di sana
masih berpegang dengan ajaran islam, masyarakat Iban pula lebih dipengaruhi
oleh ajaran Kristian dan masyarakat Kadazan-Dusun percaya tentang kewujudan
surga dan neraka serta orang Pagan mempercayai sesiapa yang mati rohnya akan
dibawa pergi ke Gunung Kinabalu.
3.1
Kesan masyarakat majmuk terhadap hubungan etnik di Malaysia
3.1.1
Bahasa
Masyarakat etnik di Malaysia mempunyai kebudayaan dan
adat yang tersendiri. Darisegi komunikasi masyarakat di Malaysia terdapat
pelbagai jenis bahasa seperti Bahasa melayu, Bahasa Cina, Bahasa India, Bahasa
Inggeris dan Bahasa yang di gunakan oleh Masyarakat Sabah dan Sarawak. Di
Malaysia terdapat pelbagai jenis sekolah yang diperlukan oleh setiap kaum
masyarakat untuk mendidik anak bangsa menulis dan membaca. Tulisan yang
digunakan oleh sekolah di Malaysia seperti tuliasan rumi, tulisan jawi,
kaligrafi cina dan kaligrafi india.
3.1.2
Kesenian
Keadaan corak bangunan dan seni bina di Malaysia banyak
dipengaruhi oleh fahaman dan kesenian. Setiap kaum yang boleh dilihat pada seni
bina bangunan tempat sembahyang seperti Masjid, Kuil-kuil dan Tokong.
3.1.3
Perayaan
Di Malaysia juga mempunyai berbagai-bagai perayaan yang
disambut bagi mengeratkan lagi nilai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia
melalui pelbagai jenis pakaian perayaan dan makan yang dihidang semasa Program
Rumah Terbuka. Jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia seperti Hari Raya
Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam, Pesta
Keamatan dan Hari Wesak.
3.1.4
Adat Resam
Masyarakat Malaysia turut mempunyai adat yang menjadi
amalan yang boleh digunakan untuk panduan kehidupan. Bagi pengamal adat pepatih
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di negeri Sembilan adalah untuk
menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Bagi masyarakat Cina pula mereka
lebih percaya kepada perhitungan kalender Orang Cina yang mengandungi nama-nama
binatang dengan memberi maksud berbeza setiap tahun. Contoh nama-nama tersebut
ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kambing, monyet, ayam, anjing
dan kinzir. Masyarakat India juga mempunyai adat tradisi tersendiri yang
diwarisi sejak dari tanah asal mereka. Adat mereka turut mengalami asimilasi
dengan budaya tempatan yang terbahagi kepada hierarki dan dipanggil sistem
kasta seperti Brahmin iaitu golongan bangsawan, Ksyatia iaitu golongan
pahlawan, Vaisya iaitu pedagang atau rakyat biasa dan Sudra iaitu golongan
hamba abdi.
4.1
Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan hubungan etnik di
malaysia.
4.1.1
DASAR SOSIAL NEGARA (DSN)
Dasar ini adalah satu dasar pembangunan sosial yang
berteraskan nilai-nilai murni dan meningkatkan keupayaan insan bagi mencapai
kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Bermatlamat mewujudkan masyarakat
Malaysia yang maju dan mampan aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap
anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara
optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri
bersatu-padu, daya tahn, demokratik, bermoral, bertoleransi, prograsif,
penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antara
stategi bagi mencapai setiap objektuf DSN adalah separti berikut:
1) Memastikan
keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi.
Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah
dipastikan supaya setiap individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati
keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya.
Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat, mesra insan dan persekitaran
sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni. Peluang untuk meningkatkan kualiti
hidup dari segi kesihatan, pendidikan, pekerjaan, kerjaya, keselamatan,
kerohanian dan maklumat. Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak
sebagai warganegara yang dilindungi oleh undang-undang dan keperluan hidup yang
lain sesuai dengan perkembangan semasa.
2) Membangun
dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasa
setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender,
wilayah, fahaman politik,taraf perkahwinan, keupayaan fizikal dan mengambil
kira kepekaan terhadap keperluan serta kehendak jantina. Ini bagi memastikan
individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri
secara optimum bagi mencapai matlamat bagi setiap peringkat kitaran hidup.
Usaha berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan setiap individu memberi dan menerima
kemesraan serta kasih sayang sepanjang hayat.
3) Memperkukuh
dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial.
Segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem
sokongan sosial yang sedia wujud iait sistem keluarga, komuniti, kumpulan
etnik, agama, pendidikan dan organisasi sosial untuk membantu setiap anggota
masyarakat membangun dan berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu,
sistem sokongan yang baru sebagai tambahan sahaja. Semua sektor yang terlibat
di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu saling menyokong dan
melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang memerlukan mendapat pilihan
perkhidmatan bermutu.
4) Menjana
sinergi multisektor
Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor
awam dengan sektor swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu
sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjaminkan
perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat, berasaskan
konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. Persaingan dan
pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dukurangi dan
diatasi agar pengunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkan.
4.1.2
DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)
Pelan induk dasar ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka
Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 – 2010 yang menggabungkan teras kritikal Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Objektif utama adalah mencapai
perpaduan nasional, membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula
masyarakat. Bermatlamat mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5 peratus
menjelang 2005. Teras DWN adalah pembangunan yang seimbang supaya Malaysia
menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Stategi-stategi perlaksanaan
Dasar Pembangunan Nasional untuk membasmi kemiskinan:
a)
Membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum.
b)
Mengurangkan
ketidakseimbangan pembangunan sosioekonomi.
c)
Membangunkan
sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan
berpengetahuan supaya mampu mendapatkan pekerjaan dan menambah pendapatan.
DWN juga melancarkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin
dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dibentuk bagi membasmi kemiskinan
serta berusaha mewujudkan kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah menjadi
lebih besar. Oleh itu, lebih banyak aktiviti yang dapat menjana pendapatan
diperkenalkan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah miskin dan kumpulan
berpendapatan rendah. Dalam usaha mengurangkan kemiskinan di luar bandar,
bantuan disediakan kepada pekebun kecil bagi meningkatkan pendapatan khasnya
dalam sektor pertanian. Meningkatkan kadar pertumbuhan bagi negeri-negeri
kurang maju dengan menggalakkan pertumbuhan sektor ekonomi seperti pembuatan,
pelancongan dan pertanian moden supaya dapat mengimbangkan antara wilayah dan
negeri. Dalam usaha menyusun semula masyarakat, pelbagai program seperti
peruntukan saham, skim unit amanah dan penswastaan dilaksanakan. Ini bertujuan
meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat
sekurang-kurangnya 30 peratus pada tahun 2010. Usahawan Bumiputera juga
digalakkan untuk mengadakkan usahasama dengan usahawan bukan Bumiputera dan
asing supaya mendapat manfaat dalam kemajuan teknologi, akses kepada pasaran
dan kepakaran pengurusan. Banyak institusi latihan dan vokasional peringkat
tinggi akan dibina untuk membolehkan pekerja dan graduan institusi vokasional
dan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi mendapatkan
pekerjaan yang menguntungkan. Selain itu, kerajaan akan terus menyedia dan
memperbaiki kemudahan pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di
kawasan luar bandar. Kerajaan akan memastikan sektor kesihatan akan terus berkembang
melalui program pembangunan kesihatan untuk memastikan semua rakyat mendapat
perkhidmatan kesihatan yang berkualiti pada kos yang berpatutan. Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Ke-8 tumpuan diberi kepada penyediaan perumahan yang
mencukupi dan mampu dimiliki oleh kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana
untuk meningkatkan kualiti hidup penduduka luar bandar.
4.1.3
DASAR GAGASAN 1 MALAYSIA
Satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalam erti kata lain
1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan
aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkanke dalam sanubari
rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Menjadi asas kepada semua
ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib
semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan terpinggir. Keadilan ini
mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang
berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan
yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan akan tetap
dilaksanakan. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara untuk mencapai
kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini dimulakan
dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan
yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan
berjalan dengan lebih lancar.
4.1.4
DASAR PENDIDIKAN NEGARA
Dasar ini memberi penekanan yang lebih khusus terhadap
pembasmian kemiskinan sejak tahun 1956 apabila tertubuhnya Laporan Razak 1956.
Antara perkara-perkara yang menjadi teras pembangunan pendidikan negara adalah
setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pendidikan dan mewujudkan satu
sistem pendidikan bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu. Ini jelas
menunjukkan langkah kearah pembasmian kemiskinan dan penerapan nilai-nilai
perpaduan untuk menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial. Pendidikan merupakan
alat yang mampu mengubah corak kehidupan masyarakat. Pendidikan percuma diberi
penekanan oleh kerajaan bagi semua murid tanpa mengira kaum supaya dapat
membaiki status sosioekonomi sama ada di bandar mahupun luar bandar. Pencapaian
taraf pendidikan yang tinggi mendorong masyarakat memperolehi pekerjaan yang
menawarkan pendapatan yang tinggi. Di samping itu, pendidikan membolehkan
individu memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan. Dasar ini
lebih kearah mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil supaya golongan kurang bernasib baik dan
kawasan luar bandar mampu mengatasi kemiskinan serta meningkatkan taraf hidup.
Misalnya, langkah kerajaan seperti menyediakan buku teks dan bantuan kewangan kepada
kanak-kanak dari keluarga miskin untuk melanjutkan pelajaran. Kejayaan yang
telah dicapai daripada dasar ini dengan menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum dengan mengajar berdasarkan sukatan pendidikan berteraskan semangat
patriotik melalui sistem pelajaran perkongsian dan persamaan antara kaum di
Tanah Melayu. Pencapaian kedua dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar secara langsung di setiap
sekoloh-sekolah. Jadi secara tidak langsung Bahasa Melayu menjadi sebagai
bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat berbagai pemikiran dan rupa.
PENUTUP
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang didiami
oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik telah mewujudkan corak yang berwarna-warni
menjadikan Malaysia begitu unik dimata dunia. Dengan adanya kepelbagaian
budaya, bahasa, agama dan adat resam setiap rakyat di Malaysia dapat merasa
kelainan hidup di Malaysia. Keadaan masyarakat Malaysia berlaku perubahan
melalui sosial, ekonomi dan politik yang di lakukan oleh setiap golongan
Masyarakat Melayu, Cina, india dan pelbagai etnik yang lain. Proses ini berlaku
dari zaman penjajahan British hinggalah pada masa kini. Akhir sekali, dari
kemasukan masyarakat ini telah banyak meninggalkan kesan samada yang positif
mahupun negetif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir
kedatangan mereka serta menjadikan Tanah Melayu lebih berdaya saing dalam
sektor ekonomi.
Subscribe to:
Posts (Atom)