PENDAHULUAN
Masyarakat majmuk bermaksud kelompok masyarakat yang
berlainan agama, sosial, ekonomi dan politik dalam membentuk suatu sistem
komuniti yang saling memerlukan antara satu sama lain. Secara umumnya masyarakat hidup di suatu tempat
tertentu dalam satu komuniti yang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam
kawasan tersebut. Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap
bersama-sama di suatu tempat dengan mengikut peraturan dan aturan hidup yang
berlainan. Majmuk terbentuk daripada
beberapa bahagian yang merupakan kesatuan dalam konteks masyarakat yang terdiri
dari beberapa kumpulan etnik
1.1
Kedudukan rakyat Tanah Melayu sebelum pembentukan masyarakat majmuk dari segi
sosial, ekonomi dan politik
Menurut Aziz Deraman (2001) masyarakat majmuk merupakan
kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di suatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat,
jaringan erat wujud dalam kumpulan khususnya melalui hubungan bersemuka.
Daripada pergaulan ini, terbina hubungan sosial
yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong, bersama-sama merayakan
sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang
datang berkunjung, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu mereka yang
ditimpa bencana, menziarahi jiran yang sakit tenat dan yang meninggal dunia.
Kekerapan pergaulan sebegini terbina satu perpaduan dalam masyarakat dan
hubungan harmoni dalam kumpulan etnik masyarakat Tanah Melayu yang teguh. Dalam
masyarakat majmuk di Tanah Melayu, ekonomi
ini bermula pada awal abad ke-19, lebih dari 90% penduduk di semenanjung
malaysia adalah Melayu. Penghijrahan kaum Cina dan India secara beramai-ramai
ke Tanah Melayu pada abad yang sama. Fenomena ini berlaku apabila kolonial
British membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk aktiviti perlombongan bijih
timah yang menjadi sumber kekayaan Tanah Melayu. Sebelum penemuan bijih timah
oleh Long Jaafar di Taiping, Perak, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu
adalah orang-orang Melayu. Hanya sebilangan kecil sahaja orang Cina yang datang
ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan membuka penempatan mereka di Melaka, Kuala
Terengganu, Sungai Johor, Sungai Pahang dan Kelantan. Pada masa yang sama,
terdapat pergerakan kecil kaum India yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi
dan tebu di Pulau Pinang dan Seberang Prai. Kesan yang nyata dari dasar
liberalisme ekonomi British itu telah menyebabkan berlakunya proses pembentukan
pelbagai kaum di Tanah Melayu. Ternyata bahawa penghijrahan secara
besar-besaran dikalangan imigran Cina dan India telah mengubah stuktur penduduk
asal Tanah Melayu. Dari segi peratusan penduduk tanah melayu semakin kecil
iaitu merosot kepada 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pada tahun
1931. Kemajmukan penduduka di Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir
negara ini dengan menggunakan Dasar Pecah dan Perintah. Dasar yang bersifat
tipu helah politik ini telah menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang
semakin ketara di Tanah Melayu. Akibatnya pengkhususan orang-orang Melayu hanya
bekerja dalam sektor pertanian, sementara orang-orang Cina diberi ruang dalam
sektor perniagaan dan orang-orang India pula dalam bidang perladangan. Dari
tahun 1874 lagi Inggeris telah membentuk Politik
Bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap sistem kemasukan orang asing
dan pada tahun 1930 inggeris telah memperketatkan dasar imigrasi bagi
menghalang kemasukan warga asing ke tanah melayu. Dalam kerancakkan ekonomi
Tanah Melayu lalu wujud perlindungan orang asing bagi melindungi daripada
berlaku penindasan dan penginayaan dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal
ini telah menjadikan penduduk Tanah Melayu merasakan nasib mereka perlu dibela.
Oleh itu, berlakunya fahaman politik yang mengambil kira setiap kaum di Tanah
Melayu. Setiap aktiviti politik dapat menguntungkan Kaum Melayu, Cina, India,
pribumi Sabah dan Sarawak.
2.1
Ciri-ciri masyarakat majmuk yang dapat kita lihat Melayu, Cina, India, Sabah
dan Sarawak dari perspektif sosial, ekonomi dan politik.
2.1.1
Masyarakat Melayu
Kita sedia maklum bahawa orang melayu kebanyakannya bersosial melalui agama Islam sejak
abad ke-14 lagi dan Sultan Melayu Melaka terkenal sebagai pusat pemerintahan
yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan ajaran agama Islam
bermatlamat melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul,
iaitu hanya mempercayai kepada kekuasaan Allah semata-mata. Melahirkan manusia
yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi
kehidupan serta melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah
di muka bumi ini sekaligus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai
hala tuju hidup. Dari segi ekonomi
masyarakat Melayu diberi hak bagi meneroka tanah di Tanah Melayu untuk diusahaka.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sektor pertanian, penternakan,
penagkapan ikan dan pengutipan hasi hutan sebagai petani sara diri dan usaha
hasil mampu menyara hidup. Oleh itu, mereka lebih suka bekerja sendiri. Politik masyarakat Melayu terdiri dari
seorang raja yang berasal dari keturunan DiRaja, di bawah terdapat sebilangan
pembesar-pembesar dan golongan bangsawan serta golongan kebanyakan atau rakyat
biasa. Raja memberi kuasa kepada pembesar daerah untuk menjalankan tugas
pentadbiran, pertahanan, kehakiman dan memungut cukai bagi pihak Raja. Golangan
yang diperintah terdiri daripada penduduk tempatan, peniaga, pedagang, dan
penyebar agama islam.
2.1.2
Masyarakat Cina
Bagi masyarakat Cina pula cara sosial mereka mengikut agama dan kepercayaan mereka melalui agama
Budda, Kristian dan sebagainya. Menurut fahaman Taoisme dapat membantu
memperluas ajaran agama Buddha, memberi semangat, inspirasi dan panduan akhlak
kepada orang Cina. Kepercayaan ini lebih cenderung kepada semangat cintakan
alam semula jadi dan kedamaian. Selain itu masyarakat Cina juga mampercayai
fahaman Confucious yang ditinggalkan oleh seorang tokoh berpendidikan tinggi
dan pernah berkhidmat sebagai majistret dan menteri. Banyak manuskrip lama
beliau mengajar falsafah moral dan sosial serta garis panduan tentang tingkah
laku yang berdasarkan nilai-nilai abstrak seperti kasih sayang, keamanan,
keharmonian, kemanusiaan, kebijaksanaan, keberanian dan kesetiaan. Confucious
memperkenalkan sistem moral yang dikenali sebagai Lima Jenis Perhubungan iaitu
hubungan pemerintah dengan rakyat, hubungan isteri denga suami, hubungan bapa
dengan anak, hubungan abang dengan adik dan hubungan sahabat dengan sahabat. Masyarakat
Cina sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh kemiskinan dan penderitaan.
Oleh itu, peningkatan ekonomi mereka
mula keluar berhijrah sampai ke Tanah Melayu dan bermulanya ekonomi baru
masyarakat Cina di Tanah Melayu. Pembukaan lombong bijih timah mendorong
ekonomi tanah melayu yang dikuasai oleh masyarakat Cina. Sememangnya masyarakat
Cina kuat bekerja dan bijak berniaga menjadikan mereka menguasai kawasan di
bandar-bandar. Dari segi politik
pula Masyarakat Cina telah menubuhkan The Malayan Chinese Association yang
dipimpin oleh Tun Tan Cheng Lock yang disertai oleh golongan peniaga dan pengusaha
lombong seperti Lee Han Shik dan Leog Yew Koh. Tujuan penubuhan parti adalah
untuk menjaga kepentingan masyarakat Cina di Tanah Melayu.
2.1.3
Masyarakat India
Bagi masyarakat India pula mereka banyak menganut agama
Hindu yang berasal dari negara India. Melalui sosial tamadun Vedic ia tidak mempunyai pengasas, dirinya adalah
satu gabungan kepercayaan dan tradisi yang berlainan. Agama Hindu mempunyai
banyak buku ayat suci yang menghuraikan secara meluas mengenai teologi,
falsafah dan mitologi mendalam mengenai cara hidup. Terdapat beberapa ciri-ciri
yang terkandung dalam agama hindu seperti kepercayaan kepada Satu Maha Esa
iaitu mengikut kaedah penyedaran diri yang berlainan dan menyembah aspek yang
berlainan Satu Maha Esa walaupun terdapat ramai Dewa dan Dewi. Kedua Konsep
Karma dan kelahiran semula menjadi satu kasta yang amat mempengaruhi kelakuan
semasa kehidupan terdahulu dan kelahiran semula mendapat kasta yang mulia serta
hukum karma ini memastikan kebahagian, kemakmuran dan usia yang berpanjangan. Ketiga
kitab Veda menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu yang
mengandungi riwayat hidup,amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian,
minuman dan ramalan tentang kedatangan seorang Nabi. Kebanyakkan masyarakat
India menggunakan bahasa Tamil bagi pertuturan harian mereka. Kedatangan mereka
ke Tanah Melayu bagi mencari kehidupan yang lebih baik, luar dari sistem kasta
yang diamalkan oleh semua penganut Agama Hindu. Sumber ekonomi mereka adalah dengan bekerja di ladang dan estet bagi
memenuhi keperluan permintaan pasaran. Dari segi politik pula mereka menubuhkan Kongres Indian Se-Malaysia yang
diketuai oleh K.L. Devaser. Parti ini digerakkan oleh golongan professional dan
disokong oleh Kongres Kebangsaan India. Penubuhan parti ini adalah bertujuan
untuk menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu.
2.1.4
Masyarakat Sabah dan Sarawak
Bagi masyarakat Sabah dan Sarawak pula keadaan sosial mereka masih berpegang kepada
ajaran animisme yang dibawa fahaman Hindu-Buddha. Masyarakat Melayu di sana
masih berpegang dengan ajaran islam, masyarakat Iban pula lebih dipengaruhi
oleh ajaran Kristian dan masyarakat Kadazan-Dusun percaya tentang kewujudan
surga dan neraka serta orang Pagan mempercayai sesiapa yang mati rohnya akan
dibawa pergi ke Gunung Kinabalu.
3.1
Kesan masyarakat majmuk terhadap hubungan etnik di Malaysia
3.1.1
Bahasa
Masyarakat etnik di Malaysia mempunyai kebudayaan dan
adat yang tersendiri. Darisegi komunikasi masyarakat di Malaysia terdapat
pelbagai jenis bahasa seperti Bahasa melayu, Bahasa Cina, Bahasa India, Bahasa
Inggeris dan Bahasa yang di gunakan oleh Masyarakat Sabah dan Sarawak. Di
Malaysia terdapat pelbagai jenis sekolah yang diperlukan oleh setiap kaum
masyarakat untuk mendidik anak bangsa menulis dan membaca. Tulisan yang
digunakan oleh sekolah di Malaysia seperti tuliasan rumi, tulisan jawi,
kaligrafi cina dan kaligrafi india.
3.1.2
Kesenian
Keadaan corak bangunan dan seni bina di Malaysia banyak
dipengaruhi oleh fahaman dan kesenian. Setiap kaum yang boleh dilihat pada seni
bina bangunan tempat sembahyang seperti Masjid, Kuil-kuil dan Tokong.
3.1.3
Perayaan
Di Malaysia juga mempunyai berbagai-bagai perayaan yang
disambut bagi mengeratkan lagi nilai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia
melalui pelbagai jenis pakaian perayaan dan makan yang dihidang semasa Program
Rumah Terbuka. Jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia seperti Hari Raya
Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam, Pesta
Keamatan dan Hari Wesak.
3.1.4
Adat Resam
Masyarakat Malaysia turut mempunyai adat yang menjadi
amalan yang boleh digunakan untuk panduan kehidupan. Bagi pengamal adat pepatih
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di negeri Sembilan adalah untuk
menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Bagi masyarakat Cina pula mereka
lebih percaya kepada perhitungan kalender Orang Cina yang mengandungi nama-nama
binatang dengan memberi maksud berbeza setiap tahun. Contoh nama-nama tersebut
ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kambing, monyet, ayam, anjing
dan kinzir. Masyarakat India juga mempunyai adat tradisi tersendiri yang
diwarisi sejak dari tanah asal mereka. Adat mereka turut mengalami asimilasi
dengan budaya tempatan yang terbahagi kepada hierarki dan dipanggil sistem
kasta seperti Brahmin iaitu golongan bangsawan, Ksyatia iaitu golongan
pahlawan, Vaisya iaitu pedagang atau rakyat biasa dan Sudra iaitu golongan
hamba abdi.
4.1
Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan hubungan etnik di
malaysia.
4.1.1
DASAR SOSIAL NEGARA (DSN)
Dasar ini adalah satu dasar pembangunan sosial yang
berteraskan nilai-nilai murni dan meningkatkan keupayaan insan bagi mencapai
kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Bermatlamat mewujudkan masyarakat
Malaysia yang maju dan mampan aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap
anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara
optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri
bersatu-padu, daya tahn, demokratik, bermoral, bertoleransi, prograsif,
penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antara
stategi bagi mencapai setiap objektuf DSN adalah separti berikut:
1) Memastikan
keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi.
Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah
dipastikan supaya setiap individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati
keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya.
Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat, mesra insan dan persekitaran
sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni. Peluang untuk meningkatkan kualiti
hidup dari segi kesihatan, pendidikan, pekerjaan, kerjaya, keselamatan,
kerohanian dan maklumat. Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak
sebagai warganegara yang dilindungi oleh undang-undang dan keperluan hidup yang
lain sesuai dengan perkembangan semasa.
2) Membangun
dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasa
setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender,
wilayah, fahaman politik,taraf perkahwinan, keupayaan fizikal dan mengambil
kira kepekaan terhadap keperluan serta kehendak jantina. Ini bagi memastikan
individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri
secara optimum bagi mencapai matlamat bagi setiap peringkat kitaran hidup.
Usaha berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan setiap individu memberi dan menerima
kemesraan serta kasih sayang sepanjang hayat.
3) Memperkukuh
dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial.
Segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem
sokongan sosial yang sedia wujud iait sistem keluarga, komuniti, kumpulan
etnik, agama, pendidikan dan organisasi sosial untuk membantu setiap anggota
masyarakat membangun dan berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu,
sistem sokongan yang baru sebagai tambahan sahaja. Semua sektor yang terlibat
di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu saling menyokong dan
melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang memerlukan mendapat pilihan
perkhidmatan bermutu.
4) Menjana
sinergi multisektor
Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor
awam dengan sektor swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu
sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjaminkan
perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat, berasaskan
konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. Persaingan dan
pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dukurangi dan
diatasi agar pengunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkan.
4.1.2
DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)
Pelan induk dasar ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka
Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 – 2010 yang menggabungkan teras kritikal Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Objektif utama adalah mencapai
perpaduan nasional, membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula
masyarakat. Bermatlamat mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5 peratus
menjelang 2005. Teras DWN adalah pembangunan yang seimbang supaya Malaysia
menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Stategi-stategi perlaksanaan
Dasar Pembangunan Nasional untuk membasmi kemiskinan:
a)
Membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum.
b)
Mengurangkan
ketidakseimbangan pembangunan sosioekonomi.
c)
Membangunkan
sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan
berpengetahuan supaya mampu mendapatkan pekerjaan dan menambah pendapatan.
DWN juga melancarkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin
dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dibentuk bagi membasmi kemiskinan
serta berusaha mewujudkan kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah menjadi
lebih besar. Oleh itu, lebih banyak aktiviti yang dapat menjana pendapatan
diperkenalkan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah miskin dan kumpulan
berpendapatan rendah. Dalam usaha mengurangkan kemiskinan di luar bandar,
bantuan disediakan kepada pekebun kecil bagi meningkatkan pendapatan khasnya
dalam sektor pertanian. Meningkatkan kadar pertumbuhan bagi negeri-negeri
kurang maju dengan menggalakkan pertumbuhan sektor ekonomi seperti pembuatan,
pelancongan dan pertanian moden supaya dapat mengimbangkan antara wilayah dan
negeri. Dalam usaha menyusun semula masyarakat, pelbagai program seperti
peruntukan saham, skim unit amanah dan penswastaan dilaksanakan. Ini bertujuan
meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat
sekurang-kurangnya 30 peratus pada tahun 2010. Usahawan Bumiputera juga
digalakkan untuk mengadakkan usahasama dengan usahawan bukan Bumiputera dan
asing supaya mendapat manfaat dalam kemajuan teknologi, akses kepada pasaran
dan kepakaran pengurusan. Banyak institusi latihan dan vokasional peringkat
tinggi akan dibina untuk membolehkan pekerja dan graduan institusi vokasional
dan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi mendapatkan
pekerjaan yang menguntungkan. Selain itu, kerajaan akan terus menyedia dan
memperbaiki kemudahan pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di
kawasan luar bandar. Kerajaan akan memastikan sektor kesihatan akan terus berkembang
melalui program pembangunan kesihatan untuk memastikan semua rakyat mendapat
perkhidmatan kesihatan yang berkualiti pada kos yang berpatutan. Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Ke-8 tumpuan diberi kepada penyediaan perumahan yang
mencukupi dan mampu dimiliki oleh kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana
untuk meningkatkan kualiti hidup penduduka luar bandar.
4.1.3
DASAR GAGASAN 1 MALAYSIA
Satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalam erti kata lain
1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan
aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkanke dalam sanubari
rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Menjadi asas kepada semua
ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib
semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan terpinggir. Keadilan ini
mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang
berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan
yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan akan tetap
dilaksanakan. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara untuk mencapai
kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini dimulakan
dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan
yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan
berjalan dengan lebih lancar.
4.1.4
DASAR PENDIDIKAN NEGARA
Dasar ini memberi penekanan yang lebih khusus terhadap
pembasmian kemiskinan sejak tahun 1956 apabila tertubuhnya Laporan Razak 1956.
Antara perkara-perkara yang menjadi teras pembangunan pendidikan negara adalah
setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pendidikan dan mewujudkan satu
sistem pendidikan bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu. Ini jelas
menunjukkan langkah kearah pembasmian kemiskinan dan penerapan nilai-nilai
perpaduan untuk menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial. Pendidikan merupakan
alat yang mampu mengubah corak kehidupan masyarakat. Pendidikan percuma diberi
penekanan oleh kerajaan bagi semua murid tanpa mengira kaum supaya dapat
membaiki status sosioekonomi sama ada di bandar mahupun luar bandar. Pencapaian
taraf pendidikan yang tinggi mendorong masyarakat memperolehi pekerjaan yang
menawarkan pendapatan yang tinggi. Di samping itu, pendidikan membolehkan
individu memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan. Dasar ini
lebih kearah mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil supaya golongan kurang bernasib baik dan
kawasan luar bandar mampu mengatasi kemiskinan serta meningkatkan taraf hidup.
Misalnya, langkah kerajaan seperti menyediakan buku teks dan bantuan kewangan kepada
kanak-kanak dari keluarga miskin untuk melanjutkan pelajaran. Kejayaan yang
telah dicapai daripada dasar ini dengan menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum dengan mengajar berdasarkan sukatan pendidikan berteraskan semangat
patriotik melalui sistem pelajaran perkongsian dan persamaan antara kaum di
Tanah Melayu. Pencapaian kedua dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar secara langsung di setiap
sekoloh-sekolah. Jadi secara tidak langsung Bahasa Melayu menjadi sebagai
bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat berbagai pemikiran dan rupa.
PENUTUP
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang didiami
oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik telah mewujudkan corak yang berwarna-warni
menjadikan Malaysia begitu unik dimata dunia. Dengan adanya kepelbagaian
budaya, bahasa, agama dan adat resam setiap rakyat di Malaysia dapat merasa
kelainan hidup di Malaysia. Keadaan masyarakat Malaysia berlaku perubahan
melalui sosial, ekonomi dan politik yang di lakukan oleh setiap golongan
Masyarakat Melayu, Cina, india dan pelbagai etnik yang lain. Proses ini berlaku
dari zaman penjajahan British hinggalah pada masa kini. Akhir sekali, dari
kemasukan masyarakat ini telah banyak meninggalkan kesan samada yang positif
mahupun negetif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir
kedatangan mereka serta menjadikan Tanah Melayu lebih berdaya saing dalam
sektor ekonomi.
No comments:
Post a Comment