Tuesday, 21 February 2017

PROFESSIONAL ETHICS

1.0 PENDAHULUAN
Pengenalan kepada konsep ’Undang-Undang’ merupakan peraturan yang perlu dipatuhi dan satu cara untuk mengawal masyarakat dari melakukan jenayah. Ia juga dilihat sebagai medium pengawal sosial dan boleh dimanipulasikan untuk kepentingan kumpulan tertentu. Ini disokong oleh definisi undang-undang yang diberikan oleh ahli falsafah terkenal seperti Austin. Beliau menyatakan bahawa undang-undang adalah perintah yang dikeluarkan oleh suatu badan yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman. Selain itu, menurut Salmond undang-undang merupakan satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan digunakan oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilannya. Atau dengan kata lain undang-undang adalah peraturan yang diperakui dan dikuatkuasakan oleh mahkamah. Menurut Kamus Black pula undang-undang adalah yang diperturunkan, diperintahkan atau dinyatakan. Satu peraturan atau metode yang mana fenomena atau pembuatnya saling berganding antara satu sama lain, yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh rakyat tertakluk kepada hukuman atau kesan-kesannya. Di Malaysia undang-undang adalah peraturan perundangan-undangan yang dibentuk oleh Dewan Perwakilan Rakyat dengan persetujuan bersama Yang Dipertuan Agong. Undang-undang yang memiliki kedudukan sebagai aturan utama bagi rakyat untuk mengatur kehidupan bersama dalam merangka tindakan dan hukuman negara. Undang-undang negara pula dikatakan sebagai kumpulan-kumpulan prinsip yang mengatur kekuasaan pemerintah, hak rakyat dan hubungan di antara keduanya. Menurut asal perkataan ’moral’ adalah dari perkataan mores dari bahasa Latin, kemudian diterjemahkan menjadi aturan kesusilaan. Moral juga beerti ajaran tentang kelakuan baik sahaja dan merupakan pengetahuan berkaitan budi pekerti manusia yang beradap. Jadi, moral adalah aturan kesusilaan yang meliputi semua norma kelakuan, perbuatan dan tingkah laku yang baik. Kata susila berasal dari bahasa Sansekerta iaitu ”lebih baik” dalam peraturan-peraturan hidup yang lebih baik.





2.0 Hubungan Di Antara Moral Dan Undang-Undang.
Undang-undang adalah dilihat sebagai penguatkuasa kepada moral. Bagi membuat undang-undang atas dasar moral hanya kerana kebanyakan orang merasakan ia adalah perbuatan tidak bermoral, cubaan mengekalkan untuk mempertahankan dan melindungi ukuran moral yang sedia ada. Pandangan ini agak sukar disokong kerana ada masanya moral masyarakat itu mungkin salah dan perlu ditukar. Kepercayaan manusia yang hidup dalam golongan atasan dan kasta  adalah masyarakat yang berasaskan ukuran moral yang salah dan ini perlu diubah. Namun telah kelihatan amalan-amalan untuk menjauhkan undang-undang dari moral di mana perbuatan itu dilakukan dimana-mana sahaja seperti :
2.1  Akibat Masalah Dari Rumah.
Saban hari kita mendengar pelbagai masalah yang dilakukan oleh masyarakat yang mempunyai masalah di rumah. Sebagai contoh masalah remaja yang kian merungsingkan segenap lapisan masyarakat adalah kes-kes jenayah ragut yang banyak dilakukan oleh remaja sebagai jalan pintas untuk mendapatkan sumber kewangan dengan cara yang mudah. Kes seperti ini bukan sahaja mencemarkan maruah si pelaku tetapi lebih serius apabila meninggalkan kesan buruk terhadap imej negara apabila jenayah ini melibatkan pelancong dari luar negara. Tidak menjadi kesalahan sekiranya dikatakan punca sebenar fenomena ini berlaku berpunca dari rumah. Kealpaan ibu bapa di zaman serba moden ini mencari rezeki kadang-kala menyebabkan tanggungjawab terhadap anak-anak diabaikan.  Ini menyebabkan anak-anak mencari  rakan  selepas waktu persekolahan bagi menemani mereka. Jika memilih rakan yang tidak bermoral pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral. Undang-undang hendaklah diperketatkan dengan Seksyen 379 kanun keseksaan tujuh tahun penjara dan denda atau kedua-duanya sekali. ’Barang siapa yang bermaksud hendak mengambil dengan curangnya, apa-apa yang dialih daripada milik mana-mana orang dengan kerelaan orang itu atau menggerakkan harta itu dengan tujuan mengambilnya adalah dikatakan melakkan kesalahan mencuri’. Konsep moral yang boleh di jelaskan dalam kes ini  adalah ibu bapa hendaklah memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak. Pendidikan agama  dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara yang perkara yang baik dan yang buruk. Pengaruh media massa juga hendak dibendung dari aktiviti jenayah remaja.

2.2 Hilang Sifat Kemanusiaan.
Mengambil petikan akbar Utusan Malaysia, Kuala Lumpur 22 Dis. yang menyiarkan berita mengenai kematian anak perempuan malang Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin telah menjadi mangsa pembunuhan kejam. Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol dan mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel. Lebih kejam lagi mayat dikesan leher dijerut dan ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak, Kuala lumpur. Menurut penyesiatan kes ini boleh disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Konsep moral dalam kes ini adalah supaya masyarakat lebih peka terhadap pergerakan anak-anak yang tidak terkawal. Kesalahan ini akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada si pesalah yang melakukan jenayah ini membuka mata agar kepada yang melakukan jenayah sekejam ini dan ibu bapa agar bersikap waspada tentang keselamatan anak-anak.
3.0 Proses Pembentukan Undang-Undang
            Seorang menteri ingin memperkenalkan suatu rang undang-undang ke Parlimen, prosesnya adalah seperti berikut:
3.1 Proses Membuat Undang-Undang Sebelum Ke Parlimen
            Pertama sekali ia mestilah merangka satu polisi untuk rang undang-undang tersebut dengan mendapat nasihat Peguam Negara. Proses yang kedua pula mendapat persetujuan kabinet untuk meluluskan polisi tersebut. Ketiga, jika dipersetujui maka orang-orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan dijemput untuk memberikan pendapatnya dalam jangka masa tertentu. Keempat, selepas ia dibawa ke Kabinet semula untuk mendraf rang undang-undang tersebut. Kelima, jika dipersetujui barulah rang undang-undang itu dideraf oleh penderaf undang-undang dan apabila ia siap ia akan dibawa semula ke Kabinet untuk persetujuan sebelum dibawa ke Parlimen. Dan akhir sekali menteri akan memberi notis kepada kerani Dewan akan tujuannya membawa rang undang-undang diperkenalkan di Dewan Rakyat. Rang undang-undang dibawa ke Parlimen mesti melalui empat peringkat iaitu bacaan pertama, bacaan kedua, perbincangan dalam jawatankuasa dan bacaan ketiga.
             
4.0 Penilaian Tentang Pembentukan
4.1 Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]
Masalah penyalahgunaan dadah adalah gejala penyakit masyarakat yang paling merbahaya. Ia menyerang semua lapisan masyarakat khususnya golongan muda. Dadah akan menjadi faktor melumpurkan pembangunan negara dan melemahkan kekuatan ekonomi dengan meracuni pemikiran dan semangat individu untuk menetapkan diri dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan. Dadah dianggap punca segala jenis jenayah seperti merompak, mencuri, memeras ugut dan lain-lain jenayah yang membawa kekacauan rumahtangga, masyarakat dan negara. Kerajaan terpaksa menghabiskan duit berjuta-juta ringgit setahun untuk menanggung kos pusat-pusat pemulihan ianya sangat membebankan kepada negara. Duit-duit itu boleh digunakan untuk pembangunan yang lebih maju banyak dihabiskan untuk pemulihan jenayah dadah ini. Pada masa yang sama pengedar dadah ini mengaut keuntungan berganda-ganda daripada penderitaan penagih yang setia. Sejak dahulu lagi umat islam ditegah daripada meminum dan memasukkan sesuatu dalam badan yang boleh memabukkan. Islam mengharamkan sesuatu yang boleh memabukkan dan memudaratkan bagi menjaga akal, kesihatan tubuh badan dan melindungi anggota masyarakat keseluruhannya. Kemudaratan ini melibatkan diri penagih, tubuh badannya, pembaziran harta, kerosakkan hubungan keluarga dan tidak menunaikan sruhan agama. Tiada dalil yang jelas menyebut perkataan dadah dan pengharamnya. Ini kerana masalah ini berlaku selepas umat islam  hanya mengenali dadah pada kurun ke tujuh Hijrah selepas kemasukan kerajaan Tartar. Begitu juga tiada dalil yang sahih menunjukkan bahawa dadah itu haram seperti arak. Akta ini adalah undang-undang yang mengawal dan penyalahgunaan dadah di Malaysia. Ia mula dikuatkuasa di tanah Melayu pada 1 November 1952. Ia menyediakan peruntukkan yang berkaitan dengan penawalan import, eksport, pengilangan, penjualan dan penggunaan beberapa jenis dadah dan campuran dadah berbahaya. Antara pindaan yang dibuat ialah pada Seksyen 39 (B) Pengedaran Dadah Merbahaya yang menetapkan hukuman mati mandatori kepada sesiapa yang memiliki dadah pada kadar 15 gram atau lebih jika disabitkan salah. Cadangan saya bersetuju dengan akta ini kerana tiada hukuman lain yang boleh dikenakan kepada pesalah yang melakukan jenayah ini.

5.0 RUMUSAN

Dalam mengenal undang-undang dan moral ini adalah satu yang sangat penting untuk memastikan seseorang boleh menjadi pengamal undang-undang apa yang terdapat di Malaysia. Secara terperinci mengenai tugasan ini tentang bidang kuasa hukuman mahkamah yang ada di Malaysia. Ia juga menunjukkan dan memperlihatkan bagaimana suatu kes boleh dijatuhkan di satu perbicaraan untuk dikaji bagi memastikan keadilan terpelihara. Apa yang dapat saya rumuskan undang-undang di Malaysia banyak berlaku pindaan kerana moral juga perlu diberi mandat bagi tujuan menegakkan keadilan di Malaysia. Walaupun berbagai program telah diatur oleh kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha mencari keadilan ini, hukuman adalah jalan terakhir bagi yang bersalah melakukan jenayah. Namun pencegahan awal dari rumah dengan nilai-nilai moral yang tinggi kepada anak-anak khususnya para remaja adalah amat penting dalam memastikan mereka tidak terlibat dalam jenayah. Menggubal dan meminda sesuatu undang-undang melalui parlimen bermaksud mendapat persetujuan Yang Di-Pertuan Agong dan kedua-dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Pihak kerajaan berhak mengemukakan ran undang-undang di mana-mana Dewan Parlimen untuk kuat kuasakan undang-undang apabila penemuan kes baru mengikut perubahan zaman. Akhir sekali apa yang boleh kita rumuskan adalah undang-undang fenomena sosial dan ekonomi dalam masyarakat yang melakukan jenayah yang gagal mematuhi peraturan yang di tentukan oleh kerajaan. Ringkasnya undang-undang berkaitan dengan jenayah adalah tingkah laku antisosial yang merbahaya dan bertentangan dengan nilai moral masyarakat di Malaysia.   

No comments:

Post a Comment