Sunday, 17 February 2019

Kelemahan Analisis Nisbah Kewangan






- Nisbah kewangan bergantung pada data-data yang diperolehi daripada penyata kewangan. Oleh itu, kepercayaan nisbah kewangan yang dikira bergantung kepada kualiti penyata kewangan. Antara kelemahan terdapat dalam terjemah maklumat dan data kurang tepat. Kesan inflasi yang boleh mengelirukan nilai aset tetap seperti harta tanah, angka untung rugi dan sebagainya.
- Nisbah kewangan menentukan prestasi relative sesebuah firma dan pencapaian serta tidak mengambil kira saiz mutlak. Kadang-kala, nilai sebenar boleh memberi refleksi sebenar apabila kita membuat perbandingan terhadap pencapaian firma diantara dua masa yang berbeza antara dua firma.
- Nisbah kewangan sesebuah firma dibandingkan dengan nisbah purata industry yang dijadikan petunjuk kedudukan dan percapaian sesebuah firma berbanding firma yang lain. Perlu diingat bahawa, perbezaan sebegini tidaklah tepat kerana amat sukar mencari dua firma yang mempunyai perniagaan yang sama.
- Nisbah kewangan berdasarkan penyata imbangan adalah tidak tepat kerana penyata imbangan hanya memberikan keputusan pada bila-bila masa tertentu sahaja.
- Walaupun nisbah kewangan digunakan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesebuah firma, namun nisbah kewangan tidak boleh mengenalpasti faktor penyebab.

No comments:

Post a Comment