Sunday, 17 February 2019

Penawar Bidara Putrajaya



KEISTIMEWAAN PRODUK BIDARA SYIFA CHEERIA...

Produk ini adalah medium perubatan Islam yang boleh digunakan pada bila-bila masa sebagai 'self-healing' proses.

Keutamaan produk ini adalah untuk individu yang mempunyai masalah rohani dan gangguan jin. Antara sifat dan tanda yang dapat dilihat seperti :

# Panas Baran.
# Sakit Kepala & Migrain.
# Demam & Batuk Berpanjangan.
# Jiwa & Hati Tidak Tenteram.
# Mimpi Buruk Seperti Terjatuh.
# Berlaga Gigi Ketika Tidur.
# Tidak Dapat Tidur Dengan Lena.
# Lebam- Lebam Pada Badan.
# Lesu Tubuh Badan.
# Badan Terasa Berat Dan Malas.
# Ada Benda Bergerak Di Bawah Kulit.
# Kitara Haid Yang Tidak Normal Dan Senggugut Yang Kuat.
# Perasaan Takut Di Tempat Baru.
# Mudah Bergaduh Suami Isteri.
# Anak Tidak Mendengar Kata.
# Melihat Kelibat Dan Mendengar Bunyi-Bunyi Pelik.

Individu yang pernah terkena gangguan biasanya sudah ada lohong-lohong atau tapak-tapak jin dalam tubuhnya. Walaupun telah pulih dan sembuh, kebarangkalian untuk diserang semula masih ada.

Sebaiknya berjumpalah dengan perawat syarie untuk kepastian bagi megetahui tahan gangguan. Perawat tidak mungkin selalu ada untuk kita setiap kali terkena gangguan. Maka ‘bidara’ adalah medium bantuan dalam penyembuhan di mana individu boleh mempraktikkan rawatan untuk diri sendiri yang merupakan salah satu aplikasi perubatan Islam.

Rawatan untuk penyakit rohani/gangguan perlu istiqomah dan berterusan..

Kelemahan Analisis Nisbah Kewangan






- Nisbah kewangan bergantung pada data-data yang diperolehi daripada penyata kewangan. Oleh itu, kepercayaan nisbah kewangan yang dikira bergantung kepada kualiti penyata kewangan. Antara kelemahan terdapat dalam terjemah maklumat dan data kurang tepat. Kesan inflasi yang boleh mengelirukan nilai aset tetap seperti harta tanah, angka untung rugi dan sebagainya.
- Nisbah kewangan menentukan prestasi relative sesebuah firma dan pencapaian serta tidak mengambil kira saiz mutlak. Kadang-kala, nilai sebenar boleh memberi refleksi sebenar apabila kita membuat perbandingan terhadap pencapaian firma diantara dua masa yang berbeza antara dua firma.
- Nisbah kewangan sesebuah firma dibandingkan dengan nisbah purata industry yang dijadikan petunjuk kedudukan dan percapaian sesebuah firma berbanding firma yang lain. Perlu diingat bahawa, perbezaan sebegini tidaklah tepat kerana amat sukar mencari dua firma yang mempunyai perniagaan yang sama.
- Nisbah kewangan berdasarkan penyata imbangan adalah tidak tepat kerana penyata imbangan hanya memberikan keputusan pada bila-bila masa tertentu sahaja.
- Walaupun nisbah kewangan digunakan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesebuah firma, namun nisbah kewangan tidak boleh mengenalpasti faktor penyebab.

Memaksimumkan Kekayaan Syarikat / Pemegang Saham



        i.        


                        Memaksimumkan Kekayaan Syarikat.
Objektif ini adalah untuk mencapai pengeluaran barang sehingga kos marginal adalah sama dengan hasil marginal. Secara ringkas, objektif memaksimumkan keuntungan tidak mudah digunakan sebagai panduan membuat keputusan. Kekurangan maklumat untuk membuat keputusan adalah melibatkan keadaan persekitaran seperti perubahan dalam permintaan, penawaran dan teknologi menyebabkan matlamat ini sukar digunkan sebagai panduan untuk membuat keputusan firma. Walaupun, objektif memaksimumkan untung masih dianggap sebagai objektif utama dalam teori firma bagi ahli-ahli ekonomi. Dalam keputusan pengurus kewangan, kita juga perlu menetapkan objektif firma supaya kita mengetahui arah yang hendak kita tuju dan memahami implikasi keputusan kewangan memaksimumkan nilai syarikat atau kekayaan pemegang saham.  Dalam memaksimumkan kekayaan firma pemilik dan pengurus merupakan dua kumpulan yang berbeza dalam syarikat berhad. Pemilik syarikat ialah pemegang saham dan mereka membeli saham dengan harapan mendapat pulangan kewangan daripada pelaburan. Pemegang saham berkhak mengundi dan memilih lembaga pengarah yang akan meneliti pengurusan syarikat. Pengurusan syarikat dilaksanakan oleh pengurus yang merupakakan pekerja yang diupah oleh syarikat. Dengan itu, pengurus perlu patuh pada polisi yang ditetapkan oleh pemegang saham. Pemegang saham sebagai pemilik syarikat akan berminat memaksimumkan kekayaan syarikat dengan meningkatkan harga saham syarikat. Kekayaan pemegang saham boleh diukur dengan harga pasaran saham biasa sesebuah firma. Matlamat utama dalam memaksimumkan kekayaan pemegang saham menyatakan bahawa pengurus firma patut memaksimumkan nilai kini pulangan masa depan yang dijangka bagi pemegang saham. Objektif memaksimumkan kekayaan merupakan satu objektif yang munasabah kenara ia mengambil kira risiko yang berbeza dan perbezaan masa dari segi penerimaan pulangan dan kos yang dibelanjakan. Oleh sebab kekayaan pemegang saham diukur dengan nilai saham, maka objektif ini memberi suatu ukuran prestasi yang terperinci.

      ii.            Memaksimumkan Utiliti Pengurus.
Oleh kerana pemilikan dan pengurusan ini terpisah, seorang pengurus juga mempunyai objektif sampingan seperti memaksimumkan utiliti persendirian. Sebagai pengurus yang menerima jagi untuk tugas yang dilaksanakan, mereka juga ingin mengadakan faedah sampingan yang boleh memaksimumkan utilitinya seperti keadaan kerja yang lebih baik, prestij yang lebih tinggi dan sebagainya. Pengurus dianggap mementingkan kedudukan persendirian sambil memperoleh keuntungan yang memuaskan kepada pemengang saham.

    iii.            Meningkatkan Taraf Dan Kebajikan Pekerja.
Pekerja merupakan sumber aset ayng paling penting dalam firma. Bagi memberi galakkan kepada pekerja, syarikat patut menitik beratkan skim gaji, faedah sampingan dan program latihan yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran pekerja. Firma patut memberi dorongan kepada pekerja untuk meningkatkan produktiviti pekerja.

    iv.            Tanggungjawab Sosial.
Objektif ini adalah menyokong tanggungjawab utama syarikat yang perlu disumbangkan kerana ia tidak boleh diabaikan pada pekerja dan masyarakat. Seperti yang diketahui, sebuah syarikat tidak hanya terdiri daripada pemegang saham sahaja. Syarikat merupakan satu gabungan yang terdiri daripada pemegang saham, pekerja dan pelanggan. Selain daripada itu, tanggungjawab kepada pemegang saham dan pekerja, syarikat juga perlu bertanggungjawab kepada pelnggannya dan masyarakat secara keseluruhannya. Tanggungjawab sosial boleh mernagkumi perkara-perkara seperti memberi derma kepada badan kebajikan masyarakat, mengambil langkah-langkah membersihkan dan mencantikkan alam sekitar dan sebagainya. Tujuan tanggungjawab sosial adalah untuk mengeratkan hubungan syarikat dengan masyarakat dan itu juga dapat meningkatkan imej syarikat di kalangan orang ramai.

      v.            Kewujudan Berterusan.
Walaupun firma mungkin mempunyai perlbagai objektif, tetapi yang penting sekali ialah kewujudan yang berterusan. Objektif-objektif lain tidak akan berguna jika firma tidak boleh mewujudkan secara berterusan. Untuk tujuan itu kewujudan yang berterusan, sesebuah firma harus mendapat perseimbangan kedudukan dalam suatu persekitaran yang merangkumi isu-isu berkaitan dengan persaingan, pelanggan, pekerja, pengurusan, teknologi dan sebagainya.